Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya, Muhd Azaam b. Shamsuddin ingin mengambil kesempatan ini bg Memohon Maaf kepada sesape yg mengenali diri saya selama perkenalan dgn anda sekalian. Tiada manusia yang dapat Lari dari melakukan Kesilapan dalam hidup nya. Marilah kita bersama2 memberi Seribu Kemaafan kepada SEMUA insan samada mereka meminta maaf atau tidak.
Hari Raya merupakan hari utk umat Islam meraikan kemenangan mereka setelah sebulan berperang melawan Hawa Nafsu. Samada kita berjaya mengharungi Ramadhan dengan Jaya @ Tidak, hanya diri sendiri & Yang Maha Esa mengetahuinya. Oleh itu, sentiasalah Muhasabah diri kita dengan menilai diri kita sendiri, apa yang telah kita lakukan sehari-hari. Lakukan kan yg terbaik dalam beribadah kerana kita hanya mampu menilai tetapi hanya Yang Maha Kuasa yg menentukan samada diterima @ tidak.
Hari Raya juga merupakan hari bagi seisi keluarga berkumpul tidak kira samada yg jauh atau dekat, yg sering bersua atau jarang bertemu muka. Hari ini lah merupakan hari yang lain dari hari-hari biasa kerana Setiap Insan akan meminta ampun dan maaf ats kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan terhadap Insan yang lain. Pada hari ini juga, kita akan memberi Kemaafan dengan mudah walau sebesar mana & seberat mana Kesalahan mereka kepada kita. Segala kekusutan akan terungkai, segala kesalahan akan dimaafkan, segala jurang-jurang akan dirapatkan & segala yang masam akan dimaniskan. Begitu lah adat nya pada Hari Raya ini.
Marilah kita bersama-sama Mengeratkan kembali Silaturrahim antara Umat-umat Nabi MUHAMMAD S.A.W supaya Islam menjadi semakin Teguh dan Utuh. Lembutkan lah hati mu dengan Kemaafan, Maniskan lah muka dengan Senyuman & Ceriakan lah hari mu dengan Tawa Keriangan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.........
Keluarga Bahagia :-) |
2 drpd 6 Keluarga Bergabung |